Pages

Tuesday, July 13, 2010

PRU ke 13 Makin Hampir?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jika dilihat pada dada-dada akhbar akhir-akhir ini, sudah terasa bahang serangan UMNO / BN kepada Pakatan Rakyat. Serangan yang ditujukan dilihat agak keras dan tidak seperti sebelum ini. Antaranya mereka dengan sengaja menyerang Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar adalah 'tali barut' Israel.

Kehangatan turut dirasai apabila isu permit penerbitan akhbar rasmi Suara Keadilan dan Harakah yang seolah-olah sengaja disusahkan. Seolah-olah suara yang menentang mereka mahu disekat dan dihapuskan. Kita tidak tahu apa lagi yang akan dilakukan oleh mereka.

Teruskan berkongsi maklumat. Sebarkan informasi. Sampaikan kebenaran kepada semua samada secara online, mahupun offline. Kembalikan kegemilangan 'maklumat' 1999, dan gerakkan mood perubahan 2004. InsyaAllah semua pihak akan bersama-sama kita. Semoga Pakatan Rakyat diberikan kemenangan oleh Allah. InsyaAllah.


Saturday, June 19, 2010

Kucing Parsi Najib...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Aku percaya apabila Najib bertanyakan kepada pengunjung blog Satu Malaysianya tentang cadangan nama Kucing Parsi yang baru dibelinya, maka ramailah yang akan mencadangkan nama Altantuya atau Scorpene. Kelakar? Tidak kelakar kerana nama itu sangat sinonim dengan Najib.

Dato' Mahfuz Omar pula telah menyenaraikan 10 nama cadangan untuk Kucing Parsi Najib tersebut. Semua nama tersebut mempunyai kaitan dengan DS Najib dan dipercayai merupakan peristiwa hitam bagi Najib.

Antara nama yang dicadangkan adalah: Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK SIBU, Monggolia / Altantuya dan PKFZ.

Apakah nama cadangan anda pula?

Saturday, May 29, 2010

Tarik Subsidi: Hentikan Dahulu Subsidi IPP dan Ketirisan

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan agar menghentikan dahulu subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) dan menghentikan ketirisan wang kerajaan sebelum mengambil tindakan menarik balik subsidi untuk rakyat.

Ini kerana, dengan tindakan ini sahaja, negara boleh menjimatkan RM40 bilion wang negara setahun, kata beliau.

"Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power.

"Mengikut Pemudah pula, negara kehilangan sebanyak RM20 bilion lagi setahun melalui ketirisan wang kerajaan iaitu rasuah, ketidakcekapan dan sebagainya.

"Jika kita selesaikan ini sahaja, kita sudah boleh bebas dari masalah yang dikatakan oleh Idris Jala itu dan negara kita boleh selamat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Anwar mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala, Malaysia akan bangkrap pada tahun 2019 jika kerajaan terus memberikan subsidi sebagaimana yang ada sekarang.

Bagi Anwar, pengumuman Idris Jala semacam satu kempen untuk menghalalkan tindakan kerajaan menghentikan subsidi untuk rakyat.

"Kenapa rakyat jadi mangsa? Kenapa tidak tarik subsidi dari korporat besar ini," kata Anwar.

Sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ketika berucap berkata Malaysia akan menjadi bankrap seperti negara Greece jika dibiarkan BN terus memerintah.

Antara punca Greece bankrap adalah salah urus tadbir negara dan rasuah.

"Kini ciri-ciri negara kita sama seperti Greece sebagaimana yang diakui Idris Jala," kata Khalid.

Wednesday, May 26, 2010

Najib Merasuah Sammy Vellu?

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada difaraidkan untuk kepentingan Umno BN.

Ini ekoran pendedahan S Vell Paari, anak Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bahawa seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran daripada Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

“Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, dakwaan S Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi ianya menunjukkan berlaku dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga pengurusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.

Tambahnya, amalan itu adalah untuk menutup mulut di kalangan pemimpin BN agar tidak membuat kacau yang boleh menjejaskan kepentingan politik BN.

Perbuatan itu, katanya adalah satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada pemimpin Umno BN setiap kali berlaku krisis di kalangan dalaman mereka.

“Saya mengajak rakyat menolak parti dan pemimpin Umno BN daripada menerajui dan menguruskan negara Malaysia demi untuk kepentingan rakyat semua,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Wednesday, May 19, 2010

Terengganu Catat Jumlah Penagih Paling Tinggi Di Malaysia

Terengganu Catat Jumlah Penagih Paling Tinggi Di Malaysia

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama)-- Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

Tuesday, May 18, 2010

Jadual Piala Dunia 2010

Assalamualaikum dan Salam Persahabatan.

Hari ini saya ingin berkongsi satu fail iaitu jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi. Fail ini dalam bentuk Microsoft Excell dan hanya perlu diisi keputusan perlawanan bagi mengetahui pasukan mana yang seterusnya layak.

Jadual ini adalah percuma. Password / kata laluan bagi fail ini adalah: tolakjudi. Semoga maklumat ini memberi kebaikan kepada semua.

Klik SINI untuk muat turun
Password: tolakjudi

Majulah Sukan Untuk Negara
Tolak Judi Musuh Negara


Admin Akhbar Maya

Monday, May 10, 2010

Salam Pertemuan.

Assalamualaikum wbt dan Salam Pertemuan.

Kehadiran blog ini adalah sebagai suatu sumbangan memudahkan para pelayar memilih bahan bacaan yang sesuai mengikut citarasa berkonsepkan 'one stop centre'. Blog-blog dan laman web yang disenaraikan di sini terdiri dari pelbagai kategori dan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan bermaklumat. InsyaAllah.

Sebarang pendapat, komen atau cadangan yang membina dialu-alukan untuk menambah kebaikan pada laman ini.

Salam Pertemuan.


Admin Akhbar Maya