Pages

Showing posts with label Akhbar Maya. Show all posts
Showing posts with label Akhbar Maya. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

PRU ke 13 Makin Hampir?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jika dilihat pada dada-dada akhbar akhir-akhir ini, sudah terasa bahang serangan UMNO / BN kepada Pakatan Rakyat. Serangan yang ditujukan dilihat agak keras dan tidak seperti sebelum ini. Antaranya mereka dengan sengaja menyerang Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar adalah 'tali barut' Israel.

Kehangatan turut dirasai apabila isu permit penerbitan akhbar rasmi Suara Keadilan dan Harakah yang seolah-olah sengaja disusahkan. Seolah-olah suara yang menentang mereka mahu disekat dan dihapuskan. Kita tidak tahu apa lagi yang akan dilakukan oleh mereka.

Teruskan berkongsi maklumat. Sebarkan informasi. Sampaikan kebenaran kepada semua samada secara online, mahupun offline. Kembalikan kegemilangan 'maklumat' 1999, dan gerakkan mood perubahan 2004. InsyaAllah semua pihak akan bersama-sama kita. Semoga Pakatan Rakyat diberikan kemenangan oleh Allah. InsyaAllah.


Saturday, May 29, 2010

Tarik Subsidi: Hentikan Dahulu Subsidi IPP dan Ketirisan

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan agar menghentikan dahulu subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) dan menghentikan ketirisan wang kerajaan sebelum mengambil tindakan menarik balik subsidi untuk rakyat.

Ini kerana, dengan tindakan ini sahaja, negara boleh menjimatkan RM40 bilion wang negara setahun, kata beliau.

"Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power.

"Mengikut Pemudah pula, negara kehilangan sebanyak RM20 bilion lagi setahun melalui ketirisan wang kerajaan iaitu rasuah, ketidakcekapan dan sebagainya.

"Jika kita selesaikan ini sahaja, kita sudah boleh bebas dari masalah yang dikatakan oleh Idris Jala itu dan negara kita boleh selamat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.

Anwar mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala, Malaysia akan bangkrap pada tahun 2019 jika kerajaan terus memberikan subsidi sebagaimana yang ada sekarang.

Bagi Anwar, pengumuman Idris Jala semacam satu kempen untuk menghalalkan tindakan kerajaan menghentikan subsidi untuk rakyat.

"Kenapa rakyat jadi mangsa? Kenapa tidak tarik subsidi dari korporat besar ini," kata Anwar.

Sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ketika berucap berkata Malaysia akan menjadi bankrap seperti negara Greece jika dibiarkan BN terus memerintah.

Antara punca Greece bankrap adalah salah urus tadbir negara dan rasuah.

"Kini ciri-ciri negara kita sama seperti Greece sebagaimana yang diakui Idris Jala," kata Khalid.

Tuesday, May 18, 2010

Jadual Piala Dunia 2010

Assalamualaikum dan Salam Persahabatan.

Hari ini saya ingin berkongsi satu fail iaitu jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi. Fail ini dalam bentuk Microsoft Excell dan hanya perlu diisi keputusan perlawanan bagi mengetahui pasukan mana yang seterusnya layak.

Jadual ini adalah percuma. Password / kata laluan bagi fail ini adalah: tolakjudi. Semoga maklumat ini memberi kebaikan kepada semua.

Klik SINI untuk muat turun
Password: tolakjudi

Majulah Sukan Untuk Negara
Tolak Judi Musuh Negara


Admin Akhbar Maya

Monday, May 10, 2010

Salam Pertemuan.

Assalamualaikum wbt dan Salam Pertemuan.

Kehadiran blog ini adalah sebagai suatu sumbangan memudahkan para pelayar memilih bahan bacaan yang sesuai mengikut citarasa berkonsepkan 'one stop centre'. Blog-blog dan laman web yang disenaraikan di sini terdiri dari pelbagai kategori dan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan bermaklumat. InsyaAllah.

Sebarang pendapat, komen atau cadangan yang membina dialu-alukan untuk menambah kebaikan pada laman ini.

Salam Pertemuan.


Admin Akhbar Maya